DUA'

DUA'



Bismillahirahmanirahim

اللهم اني اسا لك
Allahumma inni as'aluka (Tuhanku, aku mohon pertolongan kepadaMu)
باني اشهد انك انت الله
Bi anni asyhadu annaka antallahu (aku bersaksi bahawa Engkau adalah Allah)
لا اله الا انت لا حدالصمد 
Laa ilaaha illaa antal ahadus shamad (tiada Tuhan selain Engkau Yang Maha Esa)
لم يلد ولم يو لد
Lam yalid wa lam yuulad (Tempat bergantung yang tiada melahirkan dan tiada dilahirkan)
والم يكن له كفوا احد
wa lam yakullahuu kufuwan ahad




Ya Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang , Yang Maha Pengampun dan Yang Maha Menerima Taubat 

ampunilah segala dosa kedua ibu bapa umairah rosely, yang terdahulu atau terkemudian, yang nyata atau yang tersembunyi dan yang dosa yang hanya Engkau sahaja mengetahuinya 

panjang umur mereka berdua di dalam ketaatan kepada Mu ya Allah, seiring bertambahnya umur mereka ya Allah, aku mohon, ya Allah, tambahkan pahala mereka yang menjadi asbab untuk mereka ke syurga firdausMu ya Allah.

ya Allah, masukkan mereka kedalam syurga Mu tanpa hisab, izinkanlah mereka melalui titian sirat sepantas kilat ya Allah, jauhkan mereka daripada seksaan kubur dan azab api nerakaMu. Kasihi mereka seperti mana mereka mengasihani anak-anak mereka ketika kecil ya Allah.

berikan mereka kesihatan yang baik, untuk terus menambah amal kebaikan di dunia dan dapat menjadi hambaMu yang dekat dengan Mu di dunia dan akhirat ya Allah 

Ya Allah, Ya Afuw, Ya Ghaffar, Yang Maha pengampun, ampunilah dosa mereka ya Allah, ampunilah ya Allah, ampunilah mereka ya Allah. 



ya Allah, ya Afuw Ya Ghaffar, Yang Maha Pengampun
Ampunilah segala dosa norumairah binti mohd rosely, ampunilah segala dosa dia yang terdahulu dan terkemudian, ampunilah dosa dia yang nyata atau yang tersembunyi, ampunilah dosa dia yang Engkau saahaja mengetahuinya.
ya Allah masukkan dia kedalam syurga FirdausMu tanpa hisab, jauhkan dia daripada seksaan kubur dan azab api nerakaMu ya Allah.
panjangkan umur dia dalam ketaatan kepadaMu, kurniakan kemampuan untuk dia sabar mengharungi segala ujianMu yang tanda nya Engkau sayang pada dia.
bantulah dia untuk menjadi wanita solehah ya Allah, seperti saidatina fatimahazzahraa
bantulah dia untuk sentiasa bermujahadah untuk mejadi hambaMu yang dekat dengan Mu ya Allah, bukan yang jauh daripada Mu ya Allah
kurniakan dia husnulkhotimah ya Allah
terima taubatnya ya Allah 

ya Allah, ya Razzaq, Yang Maha Pemurah, Yang Maha Merancang,
kurniakan aku dan dia rezeki seluas langitMu,
rezeki yang berkat,
rezeki yang tak pernah putus seperti air zamzam,
rezeki yang bertebaran diseluruh pelusuk dnia sepertimana air zamzam Mu yang bertebaran di seluruh dunia, 
rezeki yang tak pernah putus,
rezeki yang membawa kebaikan,
rezeki yang membawaku ke syurga Mu,
rezeki yang tak disangka-sangka,
rezeki yang menjangkau akal fikiran, 
rezeki yang boleh membantu untuk aku dan dia berdakwah di negara islam dan dapat membantu membawa pendakwah-pendakwah ke seluruh dunia untuk mereka berdakwah,
rezeki yang boleh membawa aku, dia, ibubapaku dan dia , keluarga aku dan dia, sahabat aku dan dia, guru-guru aku dan dia , dan kenalan aku dan dia ke syurgaMu ya Allah





ya Allah, ya Rahman, jika dia dalam kesulitan, lapangkan lah segala kesulitan dia ya Allah, keluarkan lah dia dari kesulitan itu dan temukan dia dengan penyelesaian kepada setiap permasalah dia ya Allah

ya Allah, ya Mujib, 
umairah rosely ada ibu dan adik yang mempunyai sakit ya Allah, aku mohon ya Allah, berikan kesembuhan pada ibu dan adik umairah ya Allah. kurniakan umairah kesabaran dalam menjaga mereka.
Jauhkan ibudanbapa umairah daripada kecelakaan, malapetaka, kemalangan dan hasad dengki manusia ya Allah. kurniakan ibu bapa umairah kekuatan untuk belajar mengaji alquran dan kemampuan untuk membaca kalamMu setiap hari yaAllah. 
kurniakan husnulkhotimah buat mereka ya Allah



ya Allah, yang Maha Memberi Kekuatan dan Kecukupan,
berikan lah rasa cukup kepada keluarga umairah rosely, bersederhana dalam apa jua, tidak berlebih-lebihan dan terlalu bermewah-mewahan
permudahkan lah urusan bisnes umai ya Allah, bantu dia ya Allah untuk capai impian-impian dia ya Allah


ya Allah yang Maha Berkuasa, 
sampaikan umai dan keluarga nya di sini, di mekah dan madinah, di tempat kekasihMu disemadikan, sungguh ya Allah, mereka rindu pada kekasihMu , rindu untuk ke mekah dan madinah walau tidak pernah menjejakkan kaki kesini, hanya lihat melalui layar TV.

rezekikan mereka sekeluarga dapat buat umrah dan haji disini ya Allah, ya Mujib



ya Allah, ya Qowiy Ya Matin, 
berikan umairah kesihatan yang baik, untuk terus beri manfaat pada yang lain ya Allah, kurniakan umai keampunan setiap kali dia meminta ampun pada MU ya Allah, sungguh ya Allah, Engkaulah yang Maha Pengampun lagi Maha menerima taubat.



ya Allah, ya Rahman, ya Rahim
disaat sahabat-sahabat ku bisa merasakan manisnya cinta dari makhlukMu, perkenankanlah aku dan umai untuk sentiasa merasakan manisnya cinta MU
jadikan umai hambaMu yang dekat dengan MU ya Allah
andai ada dia menjauhkan diri daripadaMu ya Allah, bantu dia ya Allah, untuk kembali dekat dengan MU ya Allah

Ya Allah, Ya Rahman (Yang Maha Pemurah lagi Pengasih)
Ya Rahim (Yang Maha Penyayang)
Ya Jami' (Maha Mempertautkan)
Ya Zohir (Maha Memperlihatkan)

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim, Limpahkan Lah Kasih SayangMu pada umairah, Letakkanlah Sentiasa Hanya CintaMu di dalam Hati umairah agar sentiasa dia MengingatiMu kerana Sesungguhnya Cinta Manusia itu Lemah tidak Sempurna dan Tidak Kekal, hanya CintaMu itu Yang Kekal, Tulus, Suci lagi Abadi 

Ya Allah, Sesungguhnya Engkaulah Ya Baari' sebaik-baik Perancang dan Pengatur. Engkau lebih Tahu apa yang Terbaik buat umairah rosely Setiap SusunanMu itu Sangat Cantik dan Sempurna. Hadirkanlah Jodoh yang Baik Untuk umairah rosely agar Si Dia menjadi Alat-Mu dalam Mencapai Redho-Mu menuju Ke Syurga-Mu.

Pada-Mu aku Merayu dan Merintih, Engkau Zohirkanlah (Perlihatkan) Jodoh umairah. Engkau Temukanlah mereka, Ya Wajid (Yang Maha Menemukan) dan Tautkanlah mereka, Ya Jami' (Yang Maha Mempertautkan Silaturrahim)  mengikut Cara-Mu.

Pada-Mu ku Berserah Ya Baari' 
Ameen Allah Ya Sami' (Yang Maha Mendengar) , Ya Mujib (Yang Maha Memakbulkan) 

ya Allah, kurniakan jodoh yang menurutMu adalah yang terbaik untuk dunia dan akhirat juga urusan dalam agama Mu ya Allah.

ya Allah, umairah ada sahabat, nama dia afifah razak, ya Allah, ya Mujib, jumpakanlah beliau dengan jodoh yang soleh wa musleh. yang menenangkan hati dia, yang memahami dia, yang menjadi sahabat dalam menuju redhaMu dan syurgaMu.


Allahumma Ameen
perkenankanlah doa ini ya Allah 
ya Mujib


Comments

Popular posts from this blog

I need place to write

LET'S WRITE. FOR 2022 LESSON AND NEW ADVENTURES FOR 2023